Remaja dirogol 17 lelaki secara bergilir-gilir - Utusan Malaysia

Remaja dirogol 17 lelaki secara bergilir-gilir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALIMANTAN: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari Hulu Sungai Utara, Kalimantan Selatan dirogol oleh 17 lelaki secara bergilir-gilir.

Lapor Kompas.com, Ketua Polis daerah, Afri Darmawab berkata, salah seorang suspek merupakan teman lelaki remaja itu.

Katanya, seramai sembilan daripada 17 suspek berjaya diberkas oleh pihak polis di waktu dan tempat yang berbeza.

Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 32 tahun dan saling mengenali antara satu sama lain.

“Sembilan orang didapati merogol remaja itu, sementara, seorang lagi mengaku tidak melakukan jenayah tersebut. Kita masih menjalankan siasatan,” katanya.

Menurut Afri, mangsa tidak dirogol di tempat dan waktu yang sama.

“Sebelum dirogol, mangsa dipaksa meneguk minuman keras. Mangsa dirogol di lokasi yang berbeza sejak April hingga Mei lalu,” jelasnya.

Kes terbongkar selepas mangsa bersama keluarganya membuat laporan polis.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya