Rambut mullet diharamkan di Korea Utara - Utusan Malaysia

Rambut mullet diharamkan di Korea Utara

GAYA rambut mullet. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un melarang mana-mana rakyat di negaranya daripada memiliki gaya rambut mullet dan memakai seluar jean jenis skinny.

Lapor Daily Mail, larangan itu dibuat berikutan bimbang dengan budaya Barat yang akan mempengaruhi golongan muda di negara itu.

Sebuah media tempatan melaporkan Korea Utara mungkin boleh runtuh seperti tembok yang lembap sekiranya sebarang usaha tidak diambil untuk menghentikan `pencerobohan gaya hidup kapitalis’.  

Menurut laporan, mana-mana individu yang berulang kali melanggar peraturan ketat berhubung fesyen akan dihantar ke kem buruh di bawah undang-undang yang ditetapkan oleh Jong-un pada Disember.

Peraturan itu termasuk larangan mewarnakan rambut atau gaya rambut spike dan menindik bahagian badan lain.  

Jelas laporan itu, rakyat yang memiliki gaya rambut mullet juga bakal berdepan implikasi peraturan ketat dikenakan itu.

Potongan rambut klasik itu yang menampilkan rambut di depan pendek dan panjang pada bahagian belakang, menjadi popular di negara barat pada tahun lalu.

“Sejarah mengajar kita mengenai sesebuah negara boleh terdedah dan akhirnya runtuh seperti tembok yang lembap sekiranya tidak berpegang pada gaya hidup sendiri.  

“Kita juga harus berhati-hati dengan gaya hidup kapitalis dan perlu mengelakannya,” jelas laporan akhbar Korea Utara, Rodong Sinmun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya