Pesawat Batik Air langgar aerobridge - Utusan Malaysia

Pesawat Batik Air langgar aerobridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Bahagian enjin pesawat Batik Air mengalami kerosakan selepas merempuh aerobridge di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai Bali. 

Lapor Tribunnews, tiada mangsa terkorban mahupun mengalami kecederaan kerana penumpang masih berada di dalam pesawat ketika kejadian. 

Pengurus lapangan terbang itu, Taufan Yudhistira berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi itu membawa seramai empat kru penerbangan dan 119 penumpang. 

Katanya, pesawat itu dalam perjalanan dari Jakarta ke Denpasar. 

“Pesawat mendarat dan sudah berhenti di lapangan terbang, tetapi tiba-tiba bergerak ke depan dan bergesel dengan aerobridge,” katanya. 

Kemudian, pesawat itu dipindahkan ke kawasan lain bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN