Penduduk Australia ‘takut divaksin’ - Utusan Malaysia

Penduduk Australia ‘takut divaksin’

SEORANG wanita warga emas menerima suntikan vaksin Covid-19 di hospital di Melbourne, Australia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Kerajaan Australia hari ini menggesa golongan berusia atas 50 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 selepas penduduk negara ini dilihat ‘semakin kurang berkeyakinan dengan fungsi vaksin’.

Selepas penangguhan penghantaran bekalan vaksin, terdapat bukti menunjukkan penduduk warga emas di negara ini bimbang akan kesan sampingan penggunaan vaksin AstraZeneca berbanding kesan jangkitan koronavirus.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, gesaan itu dibuat bagi mewujudkan imuniti kelompok, sekali gus mengurangkan jangkitan Covid-19.

“Saya galakkan semua penduduk yang berusia atas 50 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin dan jika anda berumur atas 70 tahun, tolong ambil (vaksin) segera.

“Ibu saya sudah ambil suntikan vaksin, emak mertua saya juga sudah dan mereka dalam keadaan baik,” katanya.

Kaji selidik yang dilakukan oleh Essential Report sebelum ini menunjukkan hanya 42 peratus penduduk Australia ingin mendapatkan suntikan vaksin dalam tempoh secepat mungkin.

Tinjauan itu juga menunjukkan keengganan penduduk berusia atas 55 tahun untuk mendapatkan vaksin meningkat sejak awal April lalu.

Peningkatan itu berlaku selepas kerajaan memaklumkan penduduk berusia bawah 50-an bakal menerima suntikan vaksin Pfizer berbanding AstraZeneca.

Dianggarkan 25 peratus daripada 4.6 juta dos vaksin yang diedarkan di seluruh Australia masih belum digunakan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya