Pemandu tren tinggalkan kokpit untuk ke tandas - Utusan Malaysia

Pemandu tren tinggalkan kokpit untuk ke tandas

PEMANDU kereta api itu memaklumkan dia sakit perut dan perlu ke tandas segera. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang pemandu kereta api peluru di Jepun bakal berdepan hukuman selepas dia meninggalkan kokpit ketika tren bergerak laju selama beberapa minit untuk ke tandas.

Lapor BBC, pemandu tersebut meminta konduktor yang tidak memiliki lesen memandu untuk mengawal kereta api yang ketika itu bergerak pada kelajuan 150 kilometer sejam semasa dia ke tandas.

Kereta api Hikari 633 membawa seramai 160 penumpang ketika kejadian itu berlaku, namun perjalanan lancar sehingga tren berkenaan tiba di destinasi.

Syarikat Landasan Kereta Api Pusat Jepun (JR Central) memaklumkan insiden itu berlaku pada Ahad lalu ketika tren berkenaan dalam perjalanan di wilayah Shizuoka.

Pemandu tren berusia 36 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu memaklumkan dia mengalami sakit perut dan perlu menggunakan tandas segera.

Dia kemudiannya memanggil konduktor masuk ke kokpit bagi mengawal keadaan dan keluar ke tandas selama tiga minit.

Dalam peraturan yang ditetapkan, mana-mana pemandu yang tidak sihat perlu menghubungi pusat arahan pengangkutan.

Mereka juga boleh meminta konduktor untuk mengawal keadaan, namun hanya dibenarkan jika konduktor mempunyai lesen.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya