Pelajar dibuang sekolah kerana hina Palestin - Utusan Malaysia

Pelajar dibuang sekolah kerana hina Palestin

PELAJAR perempuan yang menghina isu Palestin membuat permohonan maaf. -KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 JAKARTA: Seorang pelajar sekolah menengah di Bengkulu dibuang sekolah selepas memuat naik video dirinya menghina isu Palestin sehingga tular dalam media sosial. 

Lapor Kompas.com, hasil perbincangan Ketua Pendidikan Benteng, Adang Parlindungan dengan pihak sekolah memutuskan tindakan itu diambil.  

“Keputusan itu diambil kerana pihak sekolah sudah merekodkan data kesalahan tatatertib pelaku yang melanggar peraturan. Malah, data itu sudah melebihi daripada had kesalahan yang dilakukan,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Bengkulu Tengah, Ary Baroto berkata, kes pelajar itu dianggap sudah selesai kerana hasil pertemuan yang dijalankan, pihaknya berjaya menemui jalan tengah dan murid itu sudah dimaafkan. 

“Kami sudah menyelesaikan kes ini dengan keadilan sewajarnya kerana tidak semestinya setiap masalah perlu dihadapkan dengan undang-undang,” jelasnya. 

Hasil pertemuan melibatkan penjaga, pihak sekolah dan tokoh masyarakat, pelajar itu membuat permohonan maaf serta menyesal dengan perbuatannya. 

“Saya minta maaf atas perbuatan sendiri kepada seluruh penduduk Palestin dan Indonesia,” katanya.  

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya