Myanmar tahan atlet MMA terkenal, didakwa hasilkan bom - Utusan Malaysia

Myanmar tahan atlet MMA terkenal, didakwa hasilkan bom

PHOE Thaw mengalami kecederaan selepas bom buatan sendiri meletup di sebuah gim di Yangon, Myanmar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Atlet sukan seni bela diri campuran (MMA) terkenal Myanmar dilaporkan cedera akibat terkena serpihan bom buatan sendiri yang meletup di sebuah gim dalam satu kejadian kelmarin.

Phoe Thaw, 36, kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebelum ditahan pasukan keselamatan Myanmar kerana didakwa terlibat dalam tiga lagi insiden letupan di tiga bandar.

Pasukan keselamatan mendakwa mereka menemukan bahan menghasilkan bom, senjata api serta peluru ketika menyerbu gim berkenaan.

Selain Phoe Thaw, tioga lagi turut ditahan dan didakwa bersubahat dengan ahli seni mempertahankan diri itu untuk menghasilkan bom.

Phoe Thaw sebelum ini mendapat perhatian pasukan keselamatan Myanmar apabila sering menyertai tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa yang berlaku dan lantang menuntut Aung San Suu Kyi dibebaskan segera.

Siaran televisyen yang disiarkan Myawaddy TV menunjukkan lelaki itu terbaring atas pengusung dengan kakinya cedera teruk.

Dalam pada itu, insiden letupan dilaporkan semakin kerap berlaku di beberapa pekan dan bandar di seluruh Myanmar.

Beberapa tunjuk perasaan turut diadakan di sejumlah kawasan di seluruh negara hari ini, termasuk di bandar Magway. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya