Melbourne laksana perintah berkurung kali keempat - Utusan Malaysia

Melbourne laksana perintah berkurung kali keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Lima juta penduduk di bandar raya ini sekali lagi dikenakan perintah berkurung selama tujuh hari bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Pihak berkuasa Australia memaklumkan kluster kes positif di Melbourne sudah meningkat kepada 39 orang.

Sehingga kini, Melbourne sudah melaksanakan perintah berkurung sebanyak empat kali sejak pandemik Covid-19 bermula.

Pelaksanaan perintah berkurung itu secara tidak langsung menyaksikan Australia berjaya mengatasi gelombang jangkitan Covid-19.

Penularan kes Covid-19 di bandar raya di dipercayai bermula apabila seorang penduduk yang dijangkiti koronavirus varian India selepas pulang dari negara itu.

Kira-kira 15,000 kontak rapat sudah dikenal pasti dan jumlah lokasi yang dilawati oleh semua kontak yang positif juga meningkat 130 tempat.

Pemangku Ketua Menteri Negeri Vistoria, James Merlino menyalahkan program vaksinasi yang perlahan dan kegagalan prosedur kuarantin hotel menyebabkan penularan baharu berlaku. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya