Logo McDonald's warna biru di Sedona - Utusan Malaysia

Logo McDonald’s warna biru di Sedona

MCDONALD'S di Sedona merupakan satu-satunya restoran yang tidak mempunyai logo berwarna kuning. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARIZONA: Logo `Golden Arches’ McDonald’s sememangnya merupakan satu daripada simbol komersial yang paling terkenal di dunia. 

Namun, sebuah rangkaian restoran makanan segera itu yang terletak di Sedona, Arizona agak unik kerana memiliki logo berwarna biru berbanding warna ikoniknya.     

Lapor Oddity Central, ia merupakan satu-satunya McDonald’s di dunia yang tidak mempunyai logo berwarna kuning. 

Malah, warna logo itu ditetapkan demikian disebabkan  keindahan semula jadi yang menakjubkan terutamanya formasi batu merah yang mengelilingi Sedona. 

Disebabkan keindahan alam semula jadi Sedona, pihak berkuasa tempatan mahu semua perniagaan kelihatan bersepadu dengan pemandangan padang pasir dan batu merah dan bukannya mengalihkan perhatian daripadanya.  

Logo asli McDonald’s yang berwarna kuning terang dianggap sebagai menganggu.

Pemilik francais McDonald’s di kawasan itu, Greg Cook terpaksa menggunakan logo berwarna biru ketika membuka rangkaian restoran. 

Bagaimanapun, rangkaian restoran makanan segera dengan logo biru yang dibuka di pekan kecil menjadi tarikan pelancong.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya