Lelaki ugut sebar gambar lucah anak, mahu tiduri ibu mangsa - Utusan Malaysia

Lelaki ugut sebar gambar lucah anak, mahu tiduri ibu mangsa

UNIT Siasatan Jenayah Polis Kota Madiun, Fatah Meilana mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadi mangsa peras ugut dalam media sosial. -KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang wanita diugut oleh seorang lelaki yang akan menyebarkan gambar lucah anak perempuannya sekiranya permintaan sebanyak 3 juta rupiah (RM864) tidak ditunaikan.

Lapor Kompas.com, Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Madiun, Fatah Meilana berkata, kes bermula apabila suri rumah dari Saradan, Madiun sering menerima mesej WhatsApp daripada suspek berusia 24 tahun sejak awal Januari lalu.

“Suspek yang berasal dari Jawa Timur memperkenalkan dirinya sebagai kawan kepada anak perempuan mangsa. Akibat sering terganggu dengan mesej itu, mangsa menyekat nombor lelaki itu.

“Bagaimanapun, tiga bulan kemudian, suspek menghantar gambar anak mangsa tanpa memakai seluar dalam sambil duduk,” katanya.

Fatah berkata, suspek kemudian meminta wang tunai 3 juta rupiah dan sekiranya hasrat itu tidak dipenuhi, lelaki itu mengugut akan menyebarkan gambar tersebut.

Akibat ketakutan dan dibimbangi perasaan malu, ayah mangsa melakukan transaksi sebanyak 1.8 juta rupiah (RM518) ke akaun bank suspek.

Bagaimanapun, suspek masih tidak berpuas hati dengan jumlah wang yang diterima dan terus melakukan ugutan sama.

Bahkan, lebih memeranjatkan apabila suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks di sebuah hotel sekiranya tidak mahu gambar itu tersebar.

Pihak polis meminta mangsa berpura-pura menerima pelawaan lelaki itu sehingga dia diberkas di sebuah hotel di Madiun.

Fatah mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadi mangsa peras ugut kerana kes tersebut bermula ketika anak mangsa berkenalan dengan suspek dalam media sosial.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya