Kem pelarian Rohingya dikenakan perintah berkurung - Utusan Malaysia

Kem pelarian Rohingya dikenakan perintah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’s BAZAR: Pihak berkuasa Bangladesh melaksanakan perintah berkurung di lima kem pelarian etnik Rohingya selepas lonjakan kes Covid-19 dalam tempoh beberapa hari lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh, Shamsud Douza berkata, arahan itu melarang sebarang aktiviti berhimpun di dalam kem yang menempatkan lebih 100,000 pelarian.

“Kita melaksanakan sekatan itu bermula hari ini selepas kes Covid-19 melonjak di lima kem.

“Petugas bantuan juga dihalang memasuki kem dan kita hanya membenarkan kemasukan bilangan minimum petugas kesihatan dan makanan ke kawasan itu,” katanya.

Pihak berkuasa Bangladesh menyediakan 34 kem pelarian di Cox’s Bazar bagi 900,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada penganiayaan dan keganasan di Myanmar. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya