Jutawan halang penunggang basikal lalu kawasan perumahan miliknya - Utusan Malaysia

Jutawan halang penunggang basikal lalu kawasan perumahan miliknya

PEREGRINE CAVENDISH didakwa menghalang penunggang basikal melalui kawasan Bolton Abbey di Yorkshire Dales. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang jutawan menafikan dakwaan dirinya menghalang penunggang basikal melalui kawasan perumahannya di Bolton Abbey.

Lapor Daily Mail, Peregrine Cavendish yang merupakan Duke of Devonshire ke-12 dengan memiliki harta bernilai 880 juta pound (RM5.04 bilion)  dituduh melantik pengawal keselamatan bagi menghalang penunggang basikal melalui kawasan miliknya di Yorkshire Dales.

Persatuan Berbasikal UK mendakwa ahlinya dinafikan hak untuk melalui tanah seluas 12,000 hektar itu.

Namun begitu menerusi kenyataan kepada MailOnline, pemilik hartanah itu berkata, penunggang basikal dialu-alukan dan kakitangan ditempatkan di kawasan itu untuk mengingatkan mereka tentang peraturan yang dilaksanakan.

“Bolton Abbey mengalu-alukan kehadiran penunggang basikal ke kawasan ini sejak bertahun-tahun yang lalu dan ramai yang menikmati perjalanan di laluan ini.

“Namun, semasa pandemik Covid-19, penggunaan jambatan Cavendish Wooden Bridge di Bolton Abbey hanya dibenarkan untuk pejalan kaki sahaja bagi memastikan penjarakan fizikal serta aspek kesihatan pelawat dan pekerja di sini,” kata jurucakap kawasan itu.

Menurut jurucakap itu, peraturan tersebut diperkenalkan sejak April tahun lalu dan tanda amaran diletakkan berhampiran kawasan jambatan.

“Kami sedar terdapat beberapa tanda dibuang dan akan memastikan ia digantikan secepat mungkin.

“Pasukan petugas Bolton Abbey ditempatkan di jambatan itu bagi mengingatkan pengunjung mengenai peraturan yang dikuatkuasakan,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya