Jumlah perokok global cecah 1.1 bilion - Utusan Malaysia

Jumlah perokok global cecah 1.1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tabiat merokok menyaksikan hampir lapan juta penduduk di seluruh dunia maut pada 2019, namun jumlah perokok di rekodkan terus meningkat.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Lancet, jumlah perokok meningkat sebanyak 150 juta orang dalam tempoh sembilan tahun sejak 1990.

Lapor The Guardian, angka itu terus meningkat sehingga menjadikan jumlah perokok di seluruh dunia ketika ini mencecah 1.1 bilion.

Penulis kajian tersebut, Marissa Reitsma menegaskan kerajaan setiap negara perlu fokus dalam mengurangkan jumlah perokok melibatkan golongan muda apabila sebanyak 89 peratus perokok baharu mula ketagih pada usia 25 tahun.

Jumlah perokok lelaki terus meningkat di 20 negara, manakala peningkatan perokok wanita pula melibatkan 12 negara.

Hanya 10 negara menyaksikan dua per tiga populasinya merokok iaitu China, India, Indonesia, Amerika Syarikat (AS), Rusia, Bangladesh, Jepun, Turki, Vietnam dan Filipina.

Kajian itu melibatkan 204 negara dengan separuh daripadanya tidak mengambil sebarang langkah mengurangkan jumlah perokok melibatkan penduduk berusia 15 hingga 24 tahun. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya