Jual rumah untuk bantu Palestin - Utusan Malaysia

Jual rumah untuk bantu Palestin

RUMAH berharga 750 juta rupiah yang terletak di Banyuwangi, Jawa Barat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 JAWA: Seorang lelaki berusia 47 tahun berhasrat menjual rumahnya pada harga 750 juta rupiah (RM216,930) demi membantu penduduk Palestin. 

Lapor Kompas.com, Trianto yang tinggal di Klaten berhasrat menjual rumahnya yang terletak di Puri Brawijaya kerana ingin membantu umat Islam di Palestin atas dasar kemanusiaan. 

“Niat saya murni atas prinsip kemanusiaan. Saya tidak faham politik, Zionis serta isu-isu lain. Disebabkan ada anak-anak menjadi mangsa korban, saya berasa simpati,” katanya. 

Menurut Trianto, harga rumah tersebut masih boleh dirunding bergantung persetujuan dengan bakal pembeli. 

Katanya, dia sudah dihubungi oleh seorang pembeli yang menawarkan harga 500 juta rupiah (RM145,000).  

“Saya akan memberi sumbangan sebanyak 50 peratus daripada hasil penjualan selepas ditolak cukai dan bayaran orang tengah serta kos tanggungan ketika pembinaan sebanyak 100 juta rupiah (RM29,000),” jelasnya.  

Rumah itu berkonsepkan tradisional Osing Banyuwangi dengan keluasan 0.023 hektar.  

Lelaki itu tinggal di rumah tersebut pada 2018 sebelum berpindah ke Malang kerana urusan kerja dan disewakan kepada pelancong. 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya