Jepun luluskan vaksin AstraZeneca, Moderna - Utusan Malaysia

Jepun luluskan vaksin AstraZeneca, Moderna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun hari ini meluluskan penggunaan dua jenis vaksin iaitu Moderna dan AstraZeneca yang mampu menampung 40 peratus populasi penduduk di sana.

Tindakan itu merupakan langkah terakhir bagi mengatasi kebimbangan peningkatan jangkitan wabak Covid-19, menjelang sembilan minggu lagi sebelum pembukaan Sukan Olimpik Tokyo.

Menteri Kesihatan Jepun, Norihisa Tamura berkata, dua vaksin baharu itu dapat membantu mempercepatkan proses vaksinasi.

“Jepun sudah melaksanakan suntikan dos vaksin kepada lima juta penduduk atau bersamaan empat peratus populasi menggunakan vaksin Pfizer yang diluluskan Februari lalu,” katanya.

Porgram vaksinasi yang pantas dilihat sebagai kunci utama kemampuan Jepun membendung penularan wabak yang semakin membimbangkan.

Jepun merekodkan kes kematian akibat virus itu sebanyak 12,000 kes sejak Februari lalu, manakala, bilangan pesakit kritikal mencatatkan peningkatan minggu ini. -AP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya