Jepun akan bekukan semua bantuan ke Myanmar - Utusan Malaysia

Jepun akan bekukan semua bantuan ke Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi memberi amaran akan membekukan semua bantuan ke Myanmar selepas junta tentera masih menggunakan kekerasan terhadap rakyatnya sendiri.

Jepun merupakan negara penyumbang utama ke Myanmar dan sudah menggantung bantuan terbaharu selepas junta tentera menggulingkan pemimpin demokrasi Aung San Suu Kyi.

Menurut Motegi, tempoh pembekuan itu berkemungkinan besar boleh dilanjutkan.

“Kami tidak mahu mengambil tindakan ini sebenarnya, tetapi kami perlu menyatakan pendirian tegas bahawa bantuan itu akan menjadi sukar diteruskan melihatkan situasi semasa yang berlaku.

“Sebagai negara yang menyokong proses demokrasi di Myanmar dan sebagai rakan, kami perlu mewakili suara komuniti antarabangsa dan menyampaikannya dengan jelas,” katanya kepada akhbar Nikkei.

Mac lalu, Jepun mengumumkan akan menghentikan semua bantuan baharu sebagai tindak balas terhadap rampasan kuasa di Myanmar.

Motegi berkata, Jepun adalah penyalur bantuan ekonomi terbesar ke Myanmar dan sudah menjalinkan hubungan lama dengan ketenteraan negara itu. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya