fbpx

15 Jun 2021, 9:25 am

  TERKINI

Israel lancar 60 serangan udara di Semenanjung Gaza

Letusan asap dan api dapat dilihat di Gaza ekoran pengeboman berterusan oleh pesawat tentera Israel malam tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Pasukan tentera Zionis melancarkan sebanyak 60 serangan udara yang lebih insentif ke arah Semenanjung Gaza.

Wartawan Al-Jazeera, Safwat al-Kahlout berkata, siri serangan udara itu menyasarkan wilayah Khan Younis dan Rafah.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan seorang wanita Palestin terbunuh dan sejumlah lagi penduduk cedera dalam siri serangan pengeboman terbaharu itu.

Jelas Safwat, kumpulan pejuang Palestin dilaporkan melancarkan lebih banyak serangan roket terhadap Israel. – AGENSI