India perlu laksana perintah berkurung di seluruh negara - Utusan Malaysia

India perlu laksana perintah berkurung di seluruh negara

INSTITUT Penilaian Kesihatan India menjangka negara itu akan menyaksikan sejuta jumlah kematian, Ogos depan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: India digesa melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara susulan kes kematian sudah melebihi 4,000 kes selama dua hari berturut-turut.

Menteri Kesihatan India memaklumkan sebanyak 4,092 kes kematian berlaku dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 242,362 kes.

Langkah itu penting bagi mengelak jangkitan virus Covid-19 semakin memburuk dan merebak ke seluruh kawasan.

Kes baharu meningkat sebanyak 403,738 kes sekali gus menjadiakan kes keseluruhan sebanyak 22.3 juta.

India dilanda gelombang Covid-19 kedua dengan kes positif dan kematian memecah rekod setiap hari.

Pakar malah menjelaskan bilangan sebenar kes wabak tersebut dan angka kematian boleh menjadi lebih tinggi disebabkan kekurangan bekalan oksigen dan kekurangan katil di kebanyakan hospital serta pembakaran mayat secara besar-besaran.

Kebanyakan negeri di India sudah melaksanakan perintah berkurung yang ketat sejak beberapa bulan lalu bagi membendung penularan jangkitan.

Sementara negeri lain mengumumkan sekatan pergerakan orang ramai dan penutupan panggung wayang, restoran, kelab malam dan pusat beli belah.

Namun, tekanan dilihat semakin meningkat terhadap Perdana Menteri, Narendra Modi untuk membuat pengumuman perintah berkurung di seluruh negara sama seperti dilaksanakan semasa gelombang pertama tercetus.

Semalam, India merekodkan kes kematian Covid-19 tertinggi sebanyak 4,187 kes.

Institut Penilaian Kesihatan menjangka negara itu akan menyaksikan sejuta jumlah kematian, Ogos depan. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya