Goda isteri orang, lelaki diserang dengan penukul - Utusan Malaysia

Goda isteri orang, lelaki diserang dengan penukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOMBANG: Gara-gara cemburu, seorang tukang kayu menyerang jirannya dengan sebuah penukul di Mojowarno, Jombang.

Lelaki berusia 53 tahun itu melakukan perkara itu selepas berasa cemburu kerana isterinya kerap digoda oleh mangsa.

Ketua Polis Mojowarno, Yogas berkata, kedua-dua lelaki itu merupakan jiran terdekat dan tinggal di Cakul Kidul, Kampung Sukomulyo.

“Mengikut pengakuan lelaki itu, dia hanya menggoda wanita tersebut secara lisan ketika membeli belah sehingga menyebabkan suaminya cemburu.

“Suspek memukul mangsa dengan penukul tanpa belas kasihan sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan kecederaan di kepala dan bahu kirinya,” katanya.

Menurut Yogas, suspek ditangkap di tempat kerjanya pada hari sama dan pihak polis turut merampas penukul tersebut yang digunakan suspek ketika melakukan serangan. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya