Gambar Hajarul Aswad didedah kepada orang ramai - Utusan Malaysia

Gambar Hajarul Aswad didedah kepada orang ramai

GAMBAR Hajarul Aswad secara terperinci buat kali pertama didedahkan kepada orang ramai. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi mendedahkan gambar paling istimewa di tapak arkeologi terpenting di Masjidil Haram di Mekah.

Lapor Arab News, Presiden Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, sebanyak 1,050 gambar Batu Hitam dan tempat suci Nabi Ibrahim diambil menggunakan teknologi Fox Stack Panorama.

Kaedah itu menggabungkan imej dengan tahap kejelasan yang berbeza-beza bagi menghasilkan sebuah gambar resolusi tinggi dari batu yang dikenal sebagai Hajarul Aswad.

Sebanyak 49,000 gambar megapixel diambil selama tujuh jam yang memerlukan tempoh selama berminggu-minggu untuk melakukan kerja pengeditan.

Ini merupakan kali pertama pihak berkuasa mendedahkan gambar Hajarul Aswad secara terperinci.

HAJARUL ASWAD

Ketua Setiausaha Agong bagi Projek dan Agensi Pengajian Kejuruteraan, Sultan Ati Al-Qurashi berkata, pihak berkuasa berminat menggunakan teknik terkini pengimejan kerana sejarah Hajarul Aswad adalah sangat penting kepada umat Islam.

Batu yang berbentuk bujur dengan keluasan diameter 30 sentimeter (cm) itu terletak di salah satu bucu Kaabah.

Hajarul Aswad dikatakan datang daripada syurga dan warna asalnya adalah putih tetapi bertukar menjadi hitam kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama dosa-dosa yang dilakukan.

Menurut Ibnu Ishaq dalam bukunya Sirah Rasulullah S.A.W, diceritakan kisah pembinaan semula Kaabah oleh kabilah-kabilah Mekah berikutan banjir besar melanda sehingga memusnahkan sebahagian strukturnya.

Ketika itu, Hajarul Aswad dialihkan sementara bagi memberi laluan kepada pembinaan semula Kaabah.

HAJARUL ASWAD

Setelah pembinaan semula siap, kabilah-kabilah Mekah bertelingkah sesama sendiri mengenai kabilah mana yang lebih berhak untuk meletakkan kembali ke tempat asalnya di dalam Kaabah.

Kemudian mereka mengambil keputusan untuk menunggu sesiapa sahaja yang akan memasuki kawasan Kaabah selepas itu, akan diminta membuat keputusan berkenaan perbalahan mereka.

Dengan kehendak Allah jualah, lelaki yang memasuki itu adalah Muhammad Abdullah yang mencecah usia ke-35 tahun ketika itu, iaitu lima tahun sebelum baginda menerima wahyu kerasulan.

Dengan kebijaksanaan, baginda meminta disediakan sehelai kain lalu meletakkan Hajarul Aswad ditengah-tengah kain tersebut.

Setiap ketua daripada kabilah Mekah itu diminta memegang bucu kain tersebut lalu mengangkatnya.

Akhirnya, Nabi Muhammad sendiri yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ke tempat yang sepatutnya, sambil memberikan kepuasan hati setiap kabilah Mekah atas kehormatan yang mereka terima secara adil.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya