Enggan bayar selepas tempah keropok RM26,000 - Utusan Malaysia

Enggan bayar selepas tempah keropok RM26,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Seorang lelaki cuba mengelat membuat pembayaran penuh semasa membeli keropok dan kemplang bernilai 91 juta rupiah (RM26,000).

Lapor Tribunnews, kejadian berlaku pada Isnin lalu semasa suspek menjadi orang tengah untuk menempah makanan di Sukajaya, Palembang dari seorang peniaga.

Bagaimanapun, selepas barang tersebut diserahkan kepada suspek, dia hanya membayar sekali sahaja.

Suspek malah berulang kali berjanji untuk membayar bakinya dengan nilai kerugian mencecah jutaan rupiah.

Ketua Polis Palembang berkata, pihaknya memberkas suspek di rumahnya di Kampung Baturaja lama, Sumatera Selatan selepas memiliki bukti rakaman perbualan suspek.

“Kami sudah memberkas suspek kerana melakukan penipuan akibat enggan membayar keropok dan kemplang itu.

“Suspek memesan keropok tetapi tidak membayarnya,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya