WELLINGTON: Seorang penyerang yang bersenjatakan pisau menikam empat orang di sebuah pasar raya di tengah Dunedin hari ini, dengan tiga daripadanya cedera parah.
Menurut polis, serangan itu berlaku pada pukul 2.30 petang waktu tempatan dan suspek sudah ditahan pihak berkuasa.
Pihak berkuasa New Zealand menyifatkan serangan itu adalah ‘serangan biasa’ dan tidak berkaitan dengan keganasan.
Beberapa saksi memberitahu kepada media tempatan, seorang lelaki yang membawa dua pisau menikam pekerja pasar raya dan orang ramai yang cuba menghalangnya.
Insiden itu merupakan yang terbaharu sejak tragedi tembakan pengganas di dua masjid di Christchucrch pada Mac 2019 yang mengorbankan 51 orang.
Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan seramai lima cedera ditikam sebelum mengurangkan jumlahnya, selain menyatakan suspek turut mengalami kecederaan. – AFP










