Dendam Zionis belum berakhir - Utusan Malaysia

Dendam Zionis belum berakhir

WARTAWAN AFP dipukul oleh tentera Israel ketika cuba merakamkan gambar di pekarangan Masjid Al-Aqsa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Ratusan penduduk Palestin yang mendapat kerakyatan Israel berdepan dengan ancaman ditahan polis Zionis kerana memberi sokongan terhadap penduduk Palestin di Baitulmuqaddis timur dan Semenanjung Gaza. 

Zionis mempertahankan penahanan besar-besaran itu sebagai ‘operasi undang-undang dan ketenteraman’. 

Tindakan itu bertujuan menghukum individu yang menyertai demonstrasi menentang keganasan terhadap penduduk Palestin di penempatan haram Yahudi, serangan tentera Zionis di Masjid Al-Aqsa dan kempen pengeboman selama 11 hari di Gaza yang meragut 248 nyawa. 

Menerusi kenyataan, polis Israel berkata, seramai 1,550 orang sudah ditangkap sejak 9 Mei lalu dan penahanan itu akan dilakukan secara berterusan yang bertujuan memberkas peserta demonstrasi. 

Ribuan anggota keselamatan daripada semua unit akan dikerahkan melakukan tangkapan di kawasan bandar yang sebahagian besarnya dihuni 20 peratus rakyat Palestin yang mendapat kerakyatan Israel. 

Kenyataan itu bagaimanapun langsung tidak merujuk kepada penduduk Yahudi yang menyerang penduduk Palestin di rumah mereka seperti tersebar rakaman gambar dan video dalam media sosial. 

Polis Israel termasuk pengawal sempadan serta tentera simpanan akan menggeledah ke kawasan rumah dan melakukan siasatan sehingga kesemua mereka menghadapi pertuduhan dan dikenakan hukuman penjara. 

DEMONSTRASI TANDA SOLIDARITI

Demonstrasi yang diadakan di kawasan-kawasan bandar seperti Haifa, Lydd dan Nazareth bermula sejak awal bulan ini sebagai tanda solidariti terhadap keluarga Palestin yang diusir secara paksa dari rumah mereka di Sheikh Jarrah. 

Semasa serangan berlaku, beberapa penduduk Palestin diserang oleh penduduk Yahudi yang dilindungi oleh polis Israel sambil melaungkan slogan anti Palestin dan ‘mati orang Arab’. 

10 Mei lalu, seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh penduduk Yahudi. 

19 Mei pula, Mohammed Kiwan, 17, mengalami kecederaan selepas ditembak di kepala oleh polis Israel di bandar Umm al-Fahem. 

Berpuluh-puluh individu lain ditangkap dan beberapa yang lain menunggu proses pendakwaan. 

Sehingga kini, 140 pendakwaan dijatuhkan terhadap 230 orang yang kebanyakannya adalah rakyat Palestin termasuk golongan bawah umur. 

Mereka menghadapi pertuduhan menyerang pegawai polis, mengancam nyawa penduduk di jalanan, berdemonstrasi, melempar batu dan melakukan pembakaran. 

KISAH BASHAR ALI 

Di Yafa, seorang pelajar universiti, Bashar Ali, 25, merupakan antara 1,550 individu yang ditangkap. 

Dia bersama kumpulan protes lain menderita akibat dipukul polis Israel dan disembur gas pemedih mata ketika membantah serangan Israel terhadap Gaza. 

Selepas berhimpun, mereka bersurai pada pukul 6.30 petang tetapi dihalang oleh pihak polis. 

“Mereka tidak mahu kami pulang ke rumah. Beberapa anggota polis mula menyerang kami dan saya melihat sendiri mereka memukul orang tua dan remaja perempuan.

“Kami berhadapan dengan mereka dan ketika itu sekumpulan polis Israel menangkap kami,” luahnya. 

Ali dibebaskan keesokan harinya tetapi menjalani hukuman sebagai tahanan rumah selama sebulan di Kokab iaitu sebuah perkampungan di Al-Jalil. 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya