Covid-19: Kerala laksanakan perintah berkurung bermula Sabtu - Utusan Malaysia

Covid-19: Kerala laksanakan perintah berkurung bermula Sabtu

PENDUDUK sedang menunggu di luar Hospital Kerajaan Ernakulam untuk melakukan ujian saringan Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THIRUVANANTHAPURAM: Kerala akan melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya bermula Sabtu ini susulan peningkatan kes Covid-19 akibat gelombang kedua pandemik yang melanda India.

Perintah berkurung itu akan berkuat kuasa pada 8 Mei hingga 16 Mei depan.

Keputusan itu diumumkan sehari selepas negeri tersebut melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 41,953 kes.

Sebelum ini, kerajaan Kerala melaksanakan beberapa sekatan ketat antaranya menghalang perjalanan yang tidak penting perjalanan dan membenarkan pekerja bekerja dari rumah.

Bagaimanapun, pakar kesihatan mengesyorkan kerajaan Kerala untuk melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya kerana pendekatan semasa gagal mengurangkan lonjakan kes Covid-19.

Ketika ini, Kerala merekodkan lebih 375,000 kes jangkitan Covid-19.

Kerala berada dalam senarai tiga negeri teratas yang menjadi penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di India. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya