Boleh tak pakai pelitup muka selepas vaksin di Korea Selatan - Utusan Malaysia

Boleh tak pakai pelitup muka selepas vaksin di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Penduduk Korea Selatan yang menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan Covid-19 dibenarkan tidak memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial.

Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan memaklumkan, kebenaran itu berkuatkuasa pada bulan depan iaitu selepas dua minggu menerima suntikan dos pertama, sama ada vaksin Pfizer mahupun AstraZeneca.

Secara spesifiknya, penduduk yang sudah menerima satu dos suntikan vaksin juga dibenarkan berhimpun di restoran dan tempat umum.

Selain itu, mereka juga tidak perlu menjalani kuarantin selepas melancong di luar negara atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Menteri Kesihatan, Kwon Deok-cheol berkata, kerajaan akan melonggarkan kebanyakan sekatan Covid-19 menjelang Julai ini.

Kerajaan turut menyasarkan untuk menyuntik kira-kira 13 juta dengan vaksin Covid-19 menjelang 19 Jun ini dan 26 juta lagi pada September nanti.

Namun, keputusan itu dibantah beberapa pihak yang berpendapat pencegahan masih perlu diamalkan sebagai langkah berjaga-jaga susulan varian Covid-19 yang mudah bermutasi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya