Berat badan 126kg jadi pemain bola - Utusan Malaysia

Berat badan 126kg jadi pemain bola

ANAK lelaki Shihua yang mempunyai berat badan 126 kilogram mewakili kelab bola sepak, Zibo Cuju. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 BEIJING: Seorang ahli perniagaan dari China sanggup membeli kelab bola sepak divisyen kedua supaya dia dan anaknya dapat bermain mewakili kelab itu. 

Oddity Central melaporkan, disebabkan mempunyai sumber kewangan yang banyak, He Shihua, 35, dapat merealisasikan minatnya terhadap sukan bola sepak walaupun tidak pernah melepasi saringan sebagai seorang pemain sepanjang hidupnya. 

Shihua dan anak lelakinya yang mempunyai berat badan 126 kilogram merupakan sebahagian daripada pasukan bola sepak itu walaupun kemahiran mereka langsung tidak setanding dengan pasukan lain.  

Lelaki itu merupakan pemegang saham utama Kelab Bola Sepak Zibo Cuju. 

Anaknya yang mempunyai berat badan berlebihan sememangnya tidak layak bermain bola sepak dan rakan sepasukan tidak boleh mengeluh mengenai skil hantarannya yang lemah sekiranya mereka mahu terus kekal berada dalam pasukan serta dibayar gaji. 

Tindakan anak beranak itu menerima kecaman daripada orang ramai kerana mendakwa dia menjatuhkan maruah sukan itu serta jurulatih dan pemain Zibo Cuju. 

Kelab itu berada dalam kedudukan tercorot dengan hanya meraih satu mata daripada lima perlawanan. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya