50,000 pelajar sekolah sertai protes perubahan iklim - Utusan Malaysia

50,000 pelajar sekolah sertai protes perubahan iklim

SEKUMPULAN pelajar menyertai protes 'School Strike 4 Climate' di Melbourne, Australia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Puluhan ribu pelajar sekolah di Australia ‘ponteng sekolah’ bagi menyertai protes untuk menggesa tindakan mengatasi isu perubahan iklim.

Lapor BBC, dianggarkan 50,000 pelajar dijangka berarak di seluruh negara bagi menyertai protes tersebut.

Seorang pelajar, David Soriano, 17, berkata, dia risaukan mengenai masa depan dan mahu kerajaan melihat ‘gerakan golongan belia’ sebagai satu daripada perkara yang perlu diambil kira.

“Kami bimbang dan takut. Kami khuatir sekiranya tiada masa depan untuk generasi akan datang, malah tidak mustahil nerlaku pada era kami.

“Saya dapat saksikan peningkatan gelombang haba dan penurunan kualiti udara di barat Sydney, iaitu tempat saya dan keluarga tinggal,” katanya.

Protes itu turut menggesa kerajaan menghentikan semua projek baharu melibatkan minyak dan gas serta perlombongan arang batu, termasuk lombong Adani yang sebelum ini mencetuskan kontroversi.

Syarikat Adani Enterprises dari India menimbulkan kritikan di beberapa negeri di Australia kerana membangunkan lombong arangbatu termal baharu.

Selain itu, peserta demonstrasi mendesak penjanaan dan eksport tenaga yang boleh diperbaharui sebanyak 100 peratus pada tahun 2030.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya