4 bulan simpan mayat budak sampai tinggal tulang - Utusan Malaysia

4 bulan simpan mayat budak sampai tinggal tulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemui mati dan mayatnya disimpan selama empat bulan di rumahnya sendiri di Kampung Congkrang, Temanggung, Jawa Tengah. 

Lapor Kompas.com, Ketua Polis Temanggung, Benny Setyowadi berkata, kes tersebut terbongkar selepas Polis Bejen menerima laporan daripada penduduk mengenai mayat budak perempuan itu. 

“Pada pukul 11 malam, Polis Bejen menerima laporan daripada Ketua Kampung Congkrang mengenai kes pembunuhan melibatkan kematian.

“Ketika ditemui, mayat mangsa sudah kering dan hanya tinggal kulit dan tulang sahaja. Mayat itu juga tidak ditanam seperti biasa,” katanya. 

Namun begitu, pihaknya belum dapat mengenal pasti punca kematian kanak-kanak itu dan masih menjalankan bedah siasat.

Katanya, pihak polis sudah menahan empat individu termasuk jiran mangsa bagi mendapatkan maklumat lanjut. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya