3 kanak-kanak Palestin maut setiap sejam - Utusan Malaysia

3 kanak-kanak Palestin maut setiap sejam

MAYAT tiga kanak-kanak dari keluarga Al-Tanani dan Zaayter yang terkorban semasa serangan udara diusung di Hospital Beit Lahya, utara Gaza. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Save the Children memaklumkan bilangan kanak-kanak yang terbunuh semasa serangan tentera Zionis Israel di Semenanjung Gaza sudah mencecah 58 orang.

NGO itu malah menjelaskan secara purata, setiap sejam seramai tiga kanak-kanak mengalami kecederaan sejak pertempuran berlaku.

Justeru, badan NGO itu menggesa tentera Zionis melakukan gencatan senjata segera kerana menyebabkan mangsa akan mengalami kecederaan fizikal dan mental sepanjang hidup.

Lebih 1,000 orang termasuk 366 kanak-kanak mengalami kecederaan di Semenanjung Gaza sejak pertempuran bermula penghujung Ramadan lalu.

Pegawai Komunikasi Save the Children di Gaza, Mazen Naim memberitahu Arab News, dia dan keluarganya terpaksa meninggalkan rumah sendiri disebabkan serangan bom yang tidak berkesudahan.

“Semua orang di sekeliling saya ditimpa bencana. Anak-anak menangis selama berhari-hari dalam keadaan keganasan yang berterusan.

“Tiada lagi tempat yang selamat dan ribuan keluarga kehilangan tempat tinggal. Bagaimana kita hendak pulih semula daripada kerugian ini?” soalnya.

Sementara itu, Pengarah Kempen Solidariti Palestin di United Kingdom, Ben Jamal berkata, tiada alasan buat rejim Zionis menggugurkan bom di kawasan yang akan menyebabkan korban jiwa yang tinggi.

“Ini adalah jenayah perang kerana tentera Israel sendiri sudah mengetahui fakta 50 peratus populasi di Gaza merupakan kanak-kanak. Oleh itu, serangan bom hanya menyebabkan bilangan kematian dalam kanak-kanak semakin bertambah,” tegasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya