Kebun komuniti jimat perbelanjaan dapur

Kebun komuniti jimat perbelanjaan dapur

Kebun Komuniti Melati mampu menghasilkan 30 kilogram cili sehari setiap musim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Melalui program kebun komuniti, penduduk bukan sahaja memperoleh ilmu bertani, malah dapat menuai hasil tani berkualiti serta peluang mengurangkan perbelanjaan penduduk yang majoritinya adalah dalam kalangan kurang berkemampuan.

Bagi penduduk Pangsapuri Melati, Taman Bukit Subang, Shah Alam, penubuhan kebun komuniti Beyond Benih tajaan British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) memberi banyak nilai tambah kepada mereka.

Antara paling ketara adalah memupuk nilai harmoni dan mengeratkan komuniti melalui aktiviti pertanian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Persatuan Penduduk Pertubuhan Kebun Komuniti Melati, Mohd. Tarmizi Anuar berkata, kebun berkenaan banyak membantu penduduk sekitar untuk mendapatkan sayur-sayuran pada harga yang murah.

“Kebun ini diusahakan 15 penduduk yang ditugaskan bergilir-gilir untuk menjaga kebun. Hasil tanaman akan dijual kepada penduduk pada harga yang murah.

“Hasil jualan digunakan semula bagi pengurusan kebun dan juga bayaran saguhati kepada 15 penduduk yang terlibat. Secara keseluruhan komuniti dapat menikmati tanaman segar dari ladang pada harga yang jauh lebih murah dari pasaran,” katanya.

Melalui program berkenaan, penduduk terlibat mengusahakan kebun mendapat ilmu bertani selain dapat mengisi masa lapang bagi individu yang sudah berpencen.

Program seperti itu harus diperluaskan kerana kesedaran terhadap kemampuan sara diri melalui pertanian harus dipertingkatkan.

Meriah tuai hasil
Penduduk, Nadia Dahalan, 33, berkata, musim tuaian hasil tanaman adalah waktu ditunggu-tunggu penduduk pangsapuri kerana suasana ketika itu sangat meriah.

Penduduk akan beramai-ramai berkumpul di kawasan jualan dan membeli tanaman yang diingini.

“Kami berjumpa dengan jiran-jiran yang jarang bertemu malah turut berpeluang membuat kawan baharu.

“Seronok suasana setiap kali jualan diadakan. Harga sayuran juga lebih murah berbanding di kedai,” katanya.

Antara tanaman ditanam adalah cili, terung dan peria.

Tanaman-tanaman ini di tanam dengan amalan pertanian terbaik dan ilmu pertanian telah diberikan kepada penduduk yang terlibat dalam penjagaan kebun.

Pada musim tuaian, kebun komuniti ini mampu menghasilkan 30 kilogram (kg) cili sehari dan hasil tuaian akan dijual semula kepada komuniti setempat.

Pangsapuri itu turut aktif dengan pelbagai aktiviti-aktiviti penduduk setempat.

Selain turut terlibat dengan pelbagai latihan dan kemahiran disediakan oleh pelbagai organisasi kerajaan dan juga swasta.

Rata-ratanya suri rumah berniaga sama ada secara fizikal dan juga dalam talian dan masing-masing membantu dan menyokong perniagaan masing-masing.

Menurut penduduk, kewujudan kebun komuniti itu juga menjadikan tanah-tanah yang terdapat di sekeliling pangsapuri dimanfaatkan dengan tanaman seperti kunyit, serai, daun kari, nanas dan beberapa tanaman herba yang lain.

Tanaman-tanaman ini diberikan percuma kepada yang menginginkan.

Program tajaan
Kebun Komuniti Pangsapuri Melati merupakan antara kebun kemuniti di bawah program Beyond Benih tajaan BAT Malaysia.

Setakat ini terdapat dua kebun yang berjaya dibuka dan diserahkan sepenuhnya kepada penduduk iaitu di Shah Alam dan juga di Tanjung Karang
Pengarah Hal Ehwal Luar BAT Malaysia, Fairuz Helmi berkata, Beyond Benih adalah sebahagian daripada komitmen BAT Malaysia ke arah membina A Better Tomorrow dengan mewujudkan masa depan saksama dan mampan untuk semua.

Setakat ini, BAT Malaysia berjaya menyiapkan dua kebun dan melancarkan 10 lagi kebun serupa di seluruh Semenanjung Malaysia yang kini dalam proses persiapan.

“Visi di sebalik Beyond Benih adalah untuk membolehkan masyarakat mengusahakan tanaman mereka sendiri menggunakan amalan pertanian mampan.

“Dengan melengkapkan mereka dengan peralatan, pengetahuan dan sumber yang diperlukan, kami membuka jalan kepada mereka untuk berdikari dan berdaya tahan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini