Wanita tembak pekerja kerana terpaksa menunggu lama - Utusan Malaysia

Wanita tembak pekerja kerana terpaksa menunggu lama

GAMBAR rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita itu cuba menembak pekerja di sebuah pandu lalu restoran Burger King di Tennessee. - JABATAN POLIS MEMPHIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NASHVILLE: Seorang wanita didakwa cuba menembak pekerja di sebuah pandu lalu restoran Burger King di Tennessee hanya kerana marah terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan makanan yang dipesannya.

Lapor Metro, menurut Jabatan Polis Memphis, dalam kejadian Selasa lalu, pelanggan itu bertindak memanjat masuk kaunter pandu lalu dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pekerja tersebut.

Beberapa gambar yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) restoran Burger King itu menunjukkan wanita berkenaan memegang pistol. 

Satu lagi gambar menunjukkan wanita itu sedang memegang pistol dengan kedua-dua tangannya dan mengacukannya ke arah kamera.

Menurut Jabatan Polis Memphis, suspek cuba menembak pekerja itu berikutan pertikaman lidah antara kedua-dua pihak yang mencetuskan kejadian tersebut.

Polis dalam satu kenyataan berkata, pihaknya percaya wanita itu berasa marah disebabkan tempoh menunggu bagi mendapatkan makanan yang dipesan di pandu lalu itu. 

Polis berkata, pekerja itu bagaimanapun berjaya melarikan diri sebelum tembakan itu dilepaskan.

Katanya, tiada orang cedera dalam insiden tersebut. 

Malah, jelasnya, wanita itu sempat melarikan diri sebelum polis tiba di tempat kejadian.   

Tambah Jabatan Polis Memphis, setakat ini, tiada penangkapan dibuat berkaitan insiden tersebut.

“Kami menawarkan hadiah wang tunai AS$1,000 (RM4,126) kepada individu yang tampil memberi maklumat bagi membantu polis menahan suspek,” jelas jabatan itu.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×