`Saya tidak lari daripada tanggungjawab' - Utusan Malaysia

`Saya tidak lari daripada tanggungjawab’

KELUARGA mangsa melakukan upacara keagamaan untuk penumpang yang terkorban dalam nahas tren di Hualien, Taiwan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUALIEN: Menteri Pengangkutan Taiwan menegaskan beliau tidak akan ‘lari daripada tanggungjawab’ biarpun peletakan jawatannya ditolak berhubung tragedi pelanggaran tren yang disifatkan paling buruk dalam sejarah negara ini.

Lin Chia Lung berkata, beliau akan bertanggungjawab atas insiden yang berlaku, selain berusaha untuk mengurangkan kerugian serta kehilangan yang disebabkan oleh kemalangan tersebut.

“Selepas semua operasi mencari serta menyelamat (SAR) selesai, saya akan menggalas tanggungjawab yang sewajarnya,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri Taiwan, Su Tseng Chang sebelum ini memaklumkan Chia Lung menawarkan diri untuk meletak jawatan susulan insiden yang berlaku.

Namun, hasratnya ditolak oleh Tseng Chang dan menegaskan usaha menyelamat dan pemulihan menjadi keutamaan negara ketika ini.

Pada Jumaat lalu, sebanyak 50 orang maut dan lebih 200 cedera apabila tren penumpang melanggar sebuah trak yang meluncur di atas landasan berhampiran bandar Hualien, menyebabkan gerabak tren itu tergelincir dari landasan.

Selepas dirempuh, trak tersebut tergelincir ke tebing curam dan pasukan penyiasat berusaha menentukan sama ada trak itu mempunyai masalah brek atau kecuaian pemandunya.

Pemandu trak tersebut, Lee Yi Hsiang ditahan sebelum ibebaskan dengan ikat jamin dan dia membuat permohonan maaf terbuka berhubung insiden yang berlaku.

Sementara itu, pasukan penyelamat Taiwan bertungkus-lumus mengeluarkan mayat mangsa terakhir dari bangkai tren tersebut tanpa mendedahkan identitinya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×