HANOI: Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc mengangkat sumpah sebagai presiden baharu negara itu, hari ini. Phuc, 66, memegang jawatan perdana menteri selama lima tahun sebelum ini. Sepanjang tempoh pemerintahan Phuc, ekonomi Vietnam berkembang malah pasukan petugas Covid-19 dibawah penyeliaannya turut menerima pujian dari dalam dan luar negara. Phuc memperoleh undian maksimum dalam kalangan kira-kira 500 ahli Parlimen dalam satu pengundian rahsia yang dijalankan hari ini. “Anugerah ini paling layak…










