Penyanyi rap DMX dalam keadaan kritikal di hospital - Utusan Malaysia

Penyanyi rap DMX dalam keadaan kritikal di hospital

PENYANYI rap terkenal, DMX dimasukkan ke sebuah hospital di White Plains di New York selepas mengalami serangan jantung. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Penyanyi rap dan pelakon Hollywood, DMX dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital akibat mengalami serangan jantung.

Lapor TMZ, peguam kepada penyanyi itu, Murray Richman bagaimanapun berkata, dia tidak tahu sama ada serangan jantung itu berpunca daripada pengambilan dadah berlebihan.

Sebelum ini, DMX atau nama sebenarnya Earl Simmons dilaporkan mempunyai masalah ketagihan dadah malah telah menghabiskan masa lama untuk menjalani rawatan di pusat pemulihan.

DMX dilihat sebagai ikon hip hop dan pernah bekerjasama dengan beberapa artis terkenal termasuk Jay-Z, Ja Rule, Eve dan LL Cook J serta membuat penampilan di filem.

Menurut Richman, penyanyi berusia 50 tahun itu dimasukkan ke sebuah hospital di White Plains, New York pada petang Jumaat lalu.

Katanya, beliau masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×