Lagi kejadian tembakan di AS, suspek pelajar mati - Utusan Malaysia

Lagi kejadian tembakan di AS, suspek pelajar mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KNOXVILLE: Polis menembak seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Knoxville, Tennessee, selepas suspek melepaskan tembakan di dalam bilik air sehingga mencederakan seorang anggota polis.

Lapor Reuters, kejadian yang berlaku pada petang Isnin di Sekolah Austin-East Magnet itu merupakan satu lagi insiden tembakan baharu yang berlaku di Amerika Syarikat sejak pertengahan Mac lalu.

Datuk Bandar Knoxville, Indya Kincannon berkata, pegawai polis yang terkena tembakan itu berada dalam kecederaan serius dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Tennessee.

“Anggota polis itu sudah sedarkan diri dan menunjukkan perkembangan yang baik. Saya berterima kasih kepadanya kerana mempertaruhkan diri untuk melindungi pelajar dan staf di sekolah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Biro Penyiasatan Tennessee, David Rausch berkata, suspek dilaporkan melepaskan tembakan dan menyerang anggotanya semasa pihak polis memasuki tempat kejadian.

“Suspek disahkan mati di tempat kejadian dan dikenal pasti sebagai pelajar di Austin-East,” katanya.

Austin-East dikenakan perintah berkurung susulan kejadian tembakan itu dan ibu bapa diarahkan mengambil anak mereka di pintu belakang sekolah.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.