Kapal Seacor Power karam: Seorang maut, 12 masih hilang - Utusan Malaysia

Kapal Seacor Power karam: Seorang maut, 12 masih hilang

PASUKAN penyelamat berjaya menyelamatkan enam mangsa dalam kejadian kapal komersial karam di luar pesisir pantai Louisiana. - PASUKAN PENGAWAL PANTAI AS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasukan penyelamat sedang berusaha mencari baki orang yang masih hilang selepas sebuah kapal komersial karam di luar pesisir pantai Louisiana, Amerika Syarikat (AS).

Lapor BBC, Pasukan Pengawal Pantai AS mengesahkan seorang mangsa maut dan enam lagi berjaya diselamatkan.

Sebanyak 12 lagi dilaporkan masih hilang.

Menurut seorang jurucakap, pasukan penyelamat kekal optimistik dan berusaha sedaya upaya untuk menjejaki baki mangsa yang masih hilang.

Kapal Seacor Power dilaporkan karam kira-kira 12 kilometer (km) dari Pelabuhan Fourchon pada Selasa lalu.

Kejadian itu berlaku ketika ribut kuat melanda kawasan tersebut.

Kapal seluas 39.3 meter itu dikenal pasti milik syarikat pengangkutan laut, Seacor Marine.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.