Jill Biden prank kakitangan media - Utusan Malaysia

Jill Biden prank kakitangan media

JILL BIDEN tiba di Pangkalan Tentera Udara Andrew di Maryland pada 1 April lalu. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Wanita pertama Amerika Syarikat (AS), Jill Biden melakukan prank terhadap kakitangan media dengan menyamar menjadi pramugari dalam satu penerbangan dari California ke Washington. 

Lapor NBC News, isteri kepada Presiden AS, Joe Biden melakukan prank itu pada 1 April lalu sempena ‘April Fool‘.

Menurut laporan agensi berita AP, Jill, 69, berpakaian seperti pramugari dengan mengenakan pakaian dan pelitup muka berwarna hitam serta tag nama `Jasmine’ sambil memberikan aiskrim kepada media dan kakitangannya yang berada dalam pesawat itu.  

Jill juga mengenakan rambut pendek palsu yang berwarna hitam sehingga identitinya tidak disedari semasa waktu makan dalam pesawat.

Wanita Pertama AS itu kemudiannya mendedahkan identitinya sambil menyebut ‘April Fool’ dan semua penumpang di dalam pesawat berkenaan terkejut.

Jelas laporan itu, selain media, kakitangan wanita pertama AS juga tertipu dengan helah Jill.

Jill berada di California untuk bertemu dengan beberapa pekerja ladang dan melawat pusat vaksinasi Covid-19.

Wanita pertama AS itu terkenal dengan tabiat gemar bergurau dan berjenaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×