Dihukum mati kerana berkonspirasi dengan pengganas - Utusan Malaysia

Dihukum mati kerana berkonspirasi dengan pengganas

KEKEJAMAN pihak berkuasa China terhadap etnik Uighur mendapat perhatian masyarakat dunia. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 BEIJING: Dua bekas pegawai kerajaan Uighur di Xinjiang dijatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan selama dua tahun kerana bertanggungjawab melakukan aktiviti pemisahan. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas Ketua Jabatan Keadilan Xinjiang, Shirzat Bawudun atas tuduhan memecah belahkan negara. 

Dalam sidang akhbar, Naib Presiden Mahkamah Xinjiang, Wang Langtao berkata, Shirzat menghadapi pertuduhan berkonspirasi dengan organisasi pengganas, mengambil rasuah dan menjalankan aktiviti pemisahan. 

Shirzat didapati bersalah bersekongkol dengan Gerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas melakukan pertemuan dengan pemimpin utama kumpulan itu pada 2003.  

Dalam masa sama, Amerika Syarikat (AS) menggugurkan kumpulan itu daripada senarai pengganas November lalu, kerana tiada bukti kukuh menunjukkan kumpulan itu masih wujud. 

Shirzat turut didakwa kerana membekalkan maklumat kepada tentera luar termasuk melakukan aktiviti keagamaan yang melanggar undang-undang semasa perkahwinan anak perempuannya. 

Sementara itu, bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Xinjiang, Sattar Sawut dihukum mati yang turut ditangguhkan tempoh sama selepas didapati bersalah berhubung jenayah melakukan pecah belah serta mengambil rasuah. 

Dia didakwa melakukan pemisahan etnik, keganasan, kekejaman dan buku teks bahasa Uighur yang mengandungi elemen pelampau agama. 

Mahkamah memutuskan buku teks itu mempengaruhi beberapa orang yang terlibat dalam serangan di Urumqi termasuk rusuhan yang mengorbankan 200 orang pada 2009. -AFP  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×