Data 530 juta pengguna Facebook bocor - Utusan Malaysia

Data 530 juta pengguna Facebook bocor

Facebook antara yang terkesan akibat gangguan internet luar jangka, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Facebook Inc. memaklumkan kejadian kebocoran data peribadi yang menjejaskan 530 juta pengguna pada September 2019, berpunca daripada penyalahgunaan fungsi import kenalan. 

Lapor Reuters, syarikat gergasi itu juga mengaku sudah menyelesaikan isu tersebut setelah mengenal pasti masalah pada ketika itu.

Minggu lalu, Business Insider melaporkan bahawa nombor telefon dan maklumat lain daripada profil pengguna dikesan dalam pangkalan data awam.  

Dalam pada itu, Facebook mendakwa pihak tertentu berjaya mendapatkan data tersebut sebelum September 2019.

Katanya, data itu diperoleh melalui pencarian profil menggunakan rangkaian yang boleh menyuaipadan maklumat kenalan.  

“Kami mengenal pasti isu tersebut ketika itu dan sudah pun menyelesaikannya. 

“Hasil daripada tindakan diambil, kami yakin masalah yang membolehkan pihak tertentu mendapatkan data pada 2019 sudah selesai,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya