Covid-19: India atasi Brazil - Utusan Malaysia

Covid-19: India atasi Brazil

ORANg ramai memenuhi sebuah pasar borong di Mumbai, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India mencatatkan rekod baharu apabila melaporkan sebanyak 168,912 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam berdasarkan data dari kementerian kesihatan.

Angka itu sekali gus mengatasi Brazil dan menjadikan India sebagai negara kedua paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19 di peringkat global.   

Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Reuters, jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di India mencapai 13.53 juta, mengatasi 13.45 juta kes wabak itu yang dilaporkan di Brazil.   

Amerika Syarikat (AS) masih mendahului perkiraan global dengan 31.2 juta kes jangkitan Covid-19.

Pihak berkuasa menyalahkan lonjakan kes Covid-19 disebabkan orang ramai enggan memakai pelitup muka dan berkumpul beramai-ramai.

Namun, majlis keagamaan tetap diteruskan dan Perdana Menteri, Narendra Modi serta Menteri Dalam Negeri, Amit Shah menyampaikan ucapan dalam kempen pilihan raya yang dihadiri oleh puluhan ribu orang yang majoritinya tanpa pelitup muka dan gagal mematuhi penjarakan sosial. 

Kerajaan India cuba mengelak daripada melaksanakan semula perintah berkurung kedua namun beberapa negeri lain sudah pun mengetatkan sekatan Covid-19.

Menurut kementerian kesihatan, lonjakan kes Covid-19 menyebabkan permintaan bagi Remdesivir meningkat sehingga memaksa India mengenakan larangan eksport terhadap ubat anti virus itu.

Bagaimanapun, satu kajian yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa ubat antivirus itu hanya mempunyai `sedikit atau tiada kesan’ terhadap kematian pesakit Covid-19.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya