5 penumpang mati, feri bertembung kapal kargo - Utusan Malaysia

5 penumpang mati, feri bertembung kapal kargo

PENUMPANG di Bangladesh sanggup bersesak-sesak dalam feri sarat muatan untuk pulang ke kampung halaman di Dhaka selepas pihak kerajaan mengumumkan perintah berkurung di seluruh kawasan di negara itu bermula hari ini. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Seramai lima orang mati apabila sebuah feri membawa 50 penumpang bertembung dengan kapal kargo yang menyebabkan berlaku kebocoran sehingga tenggelam di sungai Shitalakhsyaa, selatan Dhaka.

Dalam kejadian itu, ramai mangsa dipercayai masih hilang selepas kapal itu bergerak dari daerah Narayanganj sekitar 20 kilometer dari Dhaka ke Munshiganj.

Pegawai polis, Kabir Hossain berkata, usaha menyelamat masih diteruskan bagi mencari penumpang yang hilang.

Feri yang sarat muatan penumpang itu melakukan perjalanan selepas pihak kerajaan mengumumkan perintah berkurung di seluruh kawasan di negara itu bermula hari ini bagi membendung lonjakan kes Covid-19.

Bangladesh merekodkan kes positif harian sebanyak 7,087 kes dengan jumlah kes keseluruhan sebanyak 637,364 dan 9,266 kematian.

Beratus-ratus orang mati setiap tahun dalam kemalangan feri di Bangladesh yang menyaksikan piawaian keselamatan yang lemah di negara yang mempunyai laluan perairan yang luas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya