30 rakyat Thailand dibawa pulang dari Malaysia - Utusan Malaysia

30 rakyat Thailand dibawa pulang dari Malaysia

ANGGOTA tentera berkawal di sepanjang tembok sempadan Thailand-Malaysia di daerah Betong, Yala. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengarahkan agensi keselamatan membawa pulang rakyat negara ini yang terkandas di Malaysia susulan situasi Covid-19 ketika ini.

Lapor Bangkok Post, kira-kira 30 rakyat Thailand dibawa pulang melalui laluan lintasan sempadan Betong di Yala selepas kerajaan Malaysia mengarahkan semua pendatang asing yang sudah tamat tempoh visa supaya meninggalkan negara itu sehingga 21 April ini.

Kesemua rakyat Thailand yang dihantar pulang itu sudah menjalani ujian saringan Covid-19 oleh pihak berkuasa kesihatan Malaysia dan mereka yang mempunyai gejala akan dibawa ke hospital, manakala selebihnya dihantar ke pusat kuarantin.

Jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek berkata, Prayut sentiasa memantau situasi Covid-19 di selatan negara ini dan mengarahkan pihak berkuasa tempatan membantu rakyat Thailand pulang dari Malaysia.

Selain itu, kesemua rakyat Thailand yang pulang juga perlu menjalani ujian saringan kuarantin bagi mengelak penularan jangkitan.

Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan memaklumkan sebanyak 1,933 katil disediakan untuk pesakit Covid-19 di lima sempadan wilayah selatan.

Setiap wilayah menerima sebanyak 10,000 dos vaksin untuk disuntik kepada petugas perubatan dan golongan berisiko.

Ketua Pasukan Pertahanan, Chalermpol Srisawat menyatakan kesemua rakyat Thailand yang dibawa pulang itu dibenarkan memasuki negara ini menerusi empat pos pemeriksaan sempadan iaitu di Narathiwat, Yala, Songkhla dan Satun bermula hari ini, Rabu serta Jumaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya