Vaksin AstraZeneca berkesan 76%  - Utusan Malaysia

Vaksin AstraZeneca berkesan 76% 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMBRIDGE: Syarikat farmaseutikal, AstraZeneca memaklumkan vaksin Covid-19 yang dihasilkan berkesan 76 peratus bagi mencegah penyakit simptomatik menurut analisis baharu berdasarkan keputusan terkini bagi ujian di Amerika Syarikat (AS). 

Lapor Reuters, Pihak Kesihatan AS secara terbuka menegur syarikat itu kerana menggunakan maklumat lama semasa mengira keberkesanan vaksin itu. 

Perkembangan baharu itu menandakan kemunduran vaksin yang pernah menerima pujian dalam usaha menangani pandemik Covid-19, tetapi kini dihujani pelbagai soalan mengenai keberkesanannya dan kesan sampingan. 

AstraZeneca semalam mengulangi pendirian mengenai vaksin yang dibangunkan bersama Universiti Oxford adalah 100 peratus berkesan terhadap segala bentuk penyakit kritikal. 

Syarikat itu juga memaklumkan vaksin yang dihasilkan merekodkan 85 peratus keberkesanan terhadap golongan dewasa berusia 65 tahun dan ke atas. 

Bagaimanapun, vaksin itu dilihat sangat penting dalam membendung penyebaran Covid-19 di seluruh dunia, bukan hanya disebabkan pembekalan vaksin terhad tetapi kerana penghantarannya lebih mudah serta lebih murah daripada syarikat pesaing. 

Vaksin itu juga diberikan kebenaran penggunaan kecemasan bersyarat di lebih 70 negara dunia. 

Pelbagai persoalan melanda sejak akhir tahun lalu, ketika pembuat ubat dan Universiti Oxford menerbitkan data daripada percubaan sebelumnya dengan dua bacaan keberkesanan yang berbeza akibat daripada kesalahan dos. 

Pengawal Selia Ubat Kesatuan Eropah menjelaskan vaksin itu adalah selamat, tetapi penduduk di Eropah masih ragu-ragu mengenai keselamatannya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN