Telefon 999 lepas jatuh dari ketinggian 18 meter - Utusan Malaysia

Telefon 999 lepas jatuh dari ketinggian 18 meter

PEMANDANGAN kawasan tebing di Peacehaven. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita terjatuh dari ketinggian 60 kaki atau 18 meter di puncak tebing berdekatan Cornwall Avenue di Peacehaven, East Sussex, pada waktu malam dan dilaporkan selamat. 

Lapor Metro, ketika kejadian, mangsa berusia 21 tahun masih berupaya menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan ambulans. 

Mangsa mengalami kecederaan serius akibat terjatuh semasa berjalan menggunakan lampu suluh pada pukul 2.30 pagi. 

Wanita itu dilaporkan masih sedar selepas kemalangan itu dan kejadian itu dipercayai tidak melibatkan individu lain. 

Jurucakap polis Sussex berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada penduduk dan pemandu di kawasan itu selepas mangsa ditemukan dalam keadaan parah. 

“Pihak ambulans menerima panggilan pada pukul 4 pagi waktu tempatan dan mangsa dibawa ke Hospital Diraja Sussex County di Brighton. 

“Buat masa ini tiada bukti mengaitkan penglibatan pihak ketiga. Kami memohon kerjasama penduduk di kawasan ini menyemak sebarang kamera atau loceng pintu antara pukul 2.30 pagi hingga 4 pagi supaya kita dapat melihat sebarang petunjuk yang boleh membantu siasatan,” ujarnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN