Switzerland haramkan pemakaian niqab   - Utusan Malaysia

Switzerland haramkan pemakaian niqab  

POSTER kempen bagi membenarkan rakyat Switzerland melakukan pengundian di Biberen berdekatan Bern pada 7 Mac lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZURICH: Switzerland bakal mengikut jejak langkah Perancis, Belgium dan Austria selepas melakukan pengundian menerusi referendum menghalang wanita memakai burqa atau niqab di tempat awam. 

Lapor The Guardian, hanya 51 peratus rakyat Switzerland melakukan pengundian menerusi usaha melarang individu menutup muka mereka sepenuhnya di kawasan jalan, kedai dan restoran. 

Niqab itu bagaimanapun, masih dibenarkan untuk dipakai dalam rumah ibadat serta acara adat dan tradisi.   

Penutup muka yang dipakai bagi tujuan kesihatan dan keselamatan dikecualikan daripada larangan itu, bermakna pemakaian pelitup muka disebabkan pandemik Covid-19 tidak akan terkesan oleh undang-undang baharu itu. 

Parlimen Switzerland dan tujuh ahli dewan eksekutif yang membentuk Kerajaan Persekutuan negara itu menentang cadangan referendum tersebut. 

Mereka mempersoalkan penutup wajah itu merupakan ‘fenomena ekstrem’, kerana menyebabkan inisiatif yang akan memaksa individu mengangkat penutup wajah ketika diminta untuk mengesahkan identiti mereka kepada pegawai.

Kumpulan Muslim mengkritik larangan itu termasuk ahli pejuang kumpulan wanita Islam, Les Foulards Violets. 

“Arahan itu jelas menyerang komuniti Islam di Switzerland. Ia bertujuan memberikan stigma dan meminggirkan penduduk Islam,” katanya.  

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya