Polis gari budak lelaki 5 tahun - Utusan Malaysia

Polis gari budak lelaki 5 tahun

BUDAK lelaki berusia lima tahun menangis ketika menaiki kereta polis di Maryland, Amerika Syarikat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sebuah rakaman video kamera badan menunjukkan anggota polis menggari dan menjerit pada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang didakwa cuba ponteng sekolah.    

Lapor BBC, video yang disiarkan oleh polis di Maryland itu turut menunjukkan dua anggota polis tersebut memberitahu ibu kanak-kanak lelaki itu bahawa dia harus memukul anaknya.

Dilaporkan, ibu kanak-kanak itu memfailkan tindakan undang-undang terhadap insiden yang berlaku pada Januari tahun lalu dan peguamnya memaklumkan kanak-kanak itu mengalami trauma emosi.

Ketika kejadian, anggota polis dari Jabatan Polis Montgomery County menemui kanak-kanak lelaki itu berhampiran sekolahnya. 

Rakaman video menunjukkan kanak-kanak yang duduk di bahagian belakang kereta polis itu menangis ketika dibawa semula ke sekolah sebelum dia ditengking supaya berhenti menangis.    

Kemudian ibu kanak-kanak lelaki itu tiba di sekolah dan video menunjukkan kedua-dua anggota polis itu menggalakkan wanita tersebut memukul anaknya. 

Seorang anggota polis pula bertindak menggari kanak-kanak lelaki itu di hadapan ibunya dengan menyatakan perbuatan itu adalah untuk individu yang gagal mendengar kata dan berkelakuan baik sebelum membukanya semula selepas kira-kira seminit.

Pihak pengurusan sekolah Montgomery County menerusi kenyataan menggambarkan video itu sebagai tidak masuk akal dan ‘menyeksakan’.

“Tiada alasan bagi orang dewasa bercakap atau mengugut seorang kanak-kanak dengan cara ini,” jelas kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×