Peserta protes maut, rakyat ancam lumpuhkan ekonomi Myanmar - Utusan Malaysia

Peserta protes maut, rakyat ancam lumpuhkan ekonomi Myanmar

PENUNJUK perasaan memakai alat pelindung semasa menyertai demonstrasi menentang rampasan kuasa oleh junta tentera di Yangon, Myanmar. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Seorang pegawai dari parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Khin Maung Latt disahkan maut semasa berada dalam tahanan polis. 

Lapor Reuters, mendiang pernah berkhidmat sebagai pengurus kempen bagi dua ahli Parlimen beragama Islam yang dipilih semasa 2020. 

Ahli Parlimen, Ba Myo Thein berkata, kesan lebam pada kepala dan badan mangsa dipercayai akibat didera. 

“Dia ditangkap pada waktu malam dan dipercayai diseksa dengan teruk. Ini adalah perkara yang sangat tidak boleh diterima,” katanya. 

Pihak polis di Pabedan, Yangon, yang menahan Maung Latt enggan memberikan sebarang komen. 

Dalam perkembangan sama, kesatuan perdagangan Myanmar menggesa ahlinya melumpuhkan sektor ekonomi untuk kembali menyertai protes di jalanan. 

Situasi itu meningkatkan tekanan terhadap kerajaan junta yang terpaksa melepaskan tembakan dan hospital dipenuhi pesakit di bandar utama Yangon selepas sehari berlangsung protes besar-besaran. 

Saksi berkata, bunyi tembakan dan bom tangan dapat kedengaran di kebanyakan daerah utama di ibu negara selepas waktu malam, dengan tentera menyediakan kem persediaan di kawasan hospital dan universiti. 

Kesatuan Bantuan bagi Banduan Politik berkata, pihak tentera dengan sengaja berniat menyerang penduduk di Yangon. 

Selepas beberapa siri tunjuk perasaan terbesar di seluruh negara berlaku sejak rampasan kuasa 1 Februari lalu, sebanyak sembilan kesatuan merancang melakukan ‘penutupan ekonomi sepenuhnya’.

“Jika sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan diteruskan seperti biasa, ia hanya menguntungkan junta tentera sedangkan mereka menindas rakyat Myanmar. Sekarang adalah masanya untuk kita pertahankan demokrasi,” katanya. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya