Mayat terbiar atas sofa lima tahun - Utusan Malaysia

Mayat terbiar atas sofa lima tahun

MAYAT Bernat Masquida Barcelo ditemukan di sebuah rumah di Pulau Majorca, Sepanyol. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Polis menemukan mayat lelaki yang reput serta berbau dalam keadaan terbaring atas sofa, dan dipercayai sudah terbiar selama lima tahun.

Lapor Daily Star, pihak berkuasa di Pulau Majorca membuat penemuan mengejutkan itu di bandar Cala Millor pada 22 Februari lalu.

Menurut polis, mereka mendapat panggilan daripada jiran-jiran setelah sekian lama tidak mendengar khabar daripada Bernat Masquida Barcelo, 55, yang tinggal di bangunan sama.

Seorang daripada jirannya menyerahkan kunci pendua yang pernah diberikan oleh Barcelo beberapa tahun lalu, bagi membolehkan polis menyiasat apa yang berlaku di dalam rumahnya.

Polis mengetuk pintu rumah itu berulang kali namun gagal mendapat sebarang respons, menyebabkan mereka memecahkan pintu.

Selepas memasuki rumah itu, polis terhidu bau yang kuat sebelum menemui mayat Barcelo dalam keadaan baring dan berselimut di atas sofa.

Jelas polis, lelaki itu hidup dalam keadaan kotor dan disyaki menghidap sindrom Diogenes yang menyebabkan dia mengabaikan diri secara melampau dan hidup dalam kesusahan.

Pakar forensik belum mengesahkan waktu dan punca kematian namun siasatan awal menunjukkan mayat lelaki itu mungkin terbiar di rumah itu selama lima tahun.  

Beberapa jiran memberitahu media tempatan mereka berasa sedih bahawa tiada sesiapa yang menyedari lelaki itu hilang begitu lama sehingga mayatnya ditemukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya