Lukisan Banksy hargai petugas kesihatan cecah RM95.3 juta - Utusan Malaysia

Lukisan Banksy hargai petugas kesihatan cecah RM95.3 juta

KARYA Banksy berjudul Game Changer dijual pada harga RM95.3 juta dalam satu jualan lelong. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah lukisan yang bertemakan menghargai pengorbanan petugas kesihatan ketika berdepan pandemik Covid-19, berjaya dijual pada harga 16.75 juta pound (RM95.3 juta).

Karya seni berjudul Game Changer dijual kepada pembeli yang tidak didedahkan namanya pada harga 14.4 juta pound (RM81.63 juta) ditambah dengan kos selepas bidaan sengit di rumah lelong Christie di London.

Lukisan minyak dihasilkan oleh seniman terkenal, Banksy memaparkan seorang budak lelaki sedang bermain dengan anak patung yang mengenakan pakaian seragam jururawat manakala patung adiwira, Superman dan Batman berada dalam bakul di sebelah.

Karya itu pertama kali dipamerkan di Southampton General Hospital, selatan England ketika gelombang pertama pandemik Covid-19 pada Mei tahun lalu.

Artis itu turut meninggalkan nota bersama lukisan itu yang tertera mengucapkan terima kasih kepada petugas hospital yang berjuang tanpa henti untuk memerangi wabak Covid-19.

Dana diperoleh daripada jualan lelong itu akan disalurkan kepada kebajikan berkaitan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS). – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN