SEOUL: Korea Utara mendakwa ancaman yang ditimbulkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan menjadi punca ujian peluru berpandu dilancarkan baru-baru ini. Penasihat Utama Presiden, Ri Pyong Chol berkata, provokasi dari kedua-dua negara itu mengadakan latihan ketenteraan bersama dan persenjataan menyebabkan Korea Utara terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga. “Kami menyatakan kekhuatiran mendalam terhadap Ketua Eksekutif AS yang menyalahkan ujian peluru berpandu serta pelaksanaan hak negara untuk mempertahankan diri yang dituduh melanggar…










